Daya Imaginasi Sejuta Dimensi
Salam hujung minggu, sihat semua hendaknya. Admin nak share kat sini salah satu terapi tinggal di apartment yang ruangnya terbatas nak dijadikan tempat mendobi, menjemur pakaian dan menyimpan barang-barang keperluan aktiviti mencuci setiap hari.
Kena kreatif wujudkan satu ruang di belakang bilik air, memanjang macam rumah orang Acheh dan jadikannya tempat serba guna. Kat situlah stor dan tempat mendobi serta menjemur baju yang baru dibasuh. Almari lama kita boleh simpan apa yang patut disimpan, kecuali kenangan. Kalau semua kenangan nak disimpan kat situ, akan jadi timbunan sampah sarap pulak, semak mata kepala nanti!
Setiap sudut berpotensi untuk dijadikan tempat penyimpanan barang, kiri kanan tepi atas belakang semua ada manfaatnya.
Tukar fungsi ikut keperluan, janji disiplinkan diri untuk kekalkannya tersusun rapi biar mudah mencari barang keperluan. Ikut mana pun, malas buang jauh-jauh!
Tak susah sangat sebenarnya, mulakan pelan2 latih diri dan biasakan anak2 dengan kaedah kehidupan yang lebih berdisiplin dan teratur. Esok dah besar panjang, gaya hidup yang sama dorang akan teruskan. Sampai bila nak terbiasa dengan budaya malas dan carca marba, kan?
Bekas plastik yang berlambak kat dapur tu ambik je dua tiga, jadikan tempat simpan barang lain sikit daripada biasa. Kreatifkan minda kita, lihatlah segala benda dari pelbagai dimensi, maka macam2 nanti idea menjengah tiba. Sistem susun atur ni macam peribahasa orang Melayu, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".
Ok, jelas dalam gambar2 kat bawah ni kita boleh manfaatkan barang-barang yang dah tak cukup sifat. Sama jugak kaedahnya, lihat dari pelbagai dimensi. Daya imaginasi tanpa sempadan kan elok kita gunakan ke arah yang lebih positif?
Tangga dan hangers digantung sedemikian rupa, mudah kerja kita nak ambik masa perlu, mudah jugak dipulangkan kembali apabila selesai digunakan. Penggantung tu beli kat Ikea ada jual, kalau nak gantung basikal pun boleh. Jangan gantung diri sudah!
Kayu tebal meja makan memang tahan lasak, sepak terajang pun tak menjejaskan apa2, padahal kerusi dah lama patah riuk. Sayang nak buang, ya? Itulah dia, jangan disimpan sebagai kenangan, baik digunakan cara lain aje. Lekatkan kat dinding, buat gantung penyapu, mop dan segala mak nenek perkakas yang patut. Gantung maruah jangan sesekali, ok?
Siapa kata wajib beli penggantung mop semata2 baru sesuai? Eh, boleh aje guna over the door hooks yang banyak kat Mr. DIY ataupun Eco ataupun kedai-kedai barangan plastik pujaan kalbu kita. Lagi mudah sangkut aje tak payah tebuk sini sana, kalau tak muat mulutnya kita gunapakai 'S' hooks ataupun ring binders. Apa nak risau, kita buat dia bukan dia buat kita!
Lepas ni, jom kita bina hidup baru!
Comments
Post a Comment