Blues Induction Cooker

Salam. Konsep homestay di negara2 luar kebanyakannya memang guna dapur elektrik untuk kegunaan para penyewa, segala-galanya tampak moden dan teratur. Cuma akan terasa agak panik mula2 nampak dapur macam tu, lebih2 lagi kalau tulisannya dalam Bahasa Jepun, Korea, China ataupun selain daripada Bahasa Inggeris la senang cerita. Tuan rumah takkan ambik inisiatif untuk translate kepada bahasa yang kita faham, dorang dah sediakan kemudahan tu, pandai-pandai la kita nak hidup. Kalau misalannya benda macam tu terjadi, jangan duk panik dulu tau.. sekarang ni ada aplikasi terjemahan melalui gambar yang canggih di Play Store dan Apple Store, tinggal download aje dan takde nak kena bayar apa2. Korang ambik gambar tulisan2 kat dapur tu, nanti aplikasi tadi akan translate dengan jayanya, memang sangat2 handy dandy dan menyenangkan pengguna!  Maka dengan itu, takde masalah lepas ni takat nak order dapur dari Lazada ataupun Shopee yang penjualnya duk kat Mainland China sana, betul tak? Nanti tinggal tanya aplikasi terjemahan tu aje apa benda yang tertulis kat dapur elektrik korang. Pergh... teknologi insan to the max!


Ok selesai satu masalah. Sekarang kita kena tau perkakas berkaki berapa yang sesuai digunakan untuk dapur macam ni pulak. Jangan main bedal sembarangan je, nanti lagi panik kenapa la tak panas-panas periuk atas dapur. Bagi yang biasa dengan steamboat kat Johnny's contohnya, akan kenal dapur induction yang saiz mini empat segi dengan periuk bulat kat atasnya. Itu pun bila dorang tukar jenama baru, terkial-kial semula nak tekan mana satu tak nak kasi overcook ataupun undercook. Takde pulak kita kena fikir periuk apa nak guna sebab kedai dah sediakan siap-siap. Tapi kalau kita baru nak berkecimpung dalam arena induction cooker kat rumah ataupun pergi mana2 homestay yang guna dapur macam tu, ketahuilah bahawa hanya periuk belanga STAINLESS STEEL yang boleh pakai. Selain daripada tu, memang takkan panas, tunggu la sampai tahun depan pun takkan boleh start masak. Baik order grab food aje ler, kan? 


Tak perlu banyak2 simpan stainless steel, cukup mana yang basic aje.. sebab dapur induction ni cepat panas dan oleh itu, cepat jugak masak. Satu lagi nak kena ingat, periuk belanga macam ni kena pakai sudip kayu ataupun plastik aje, tak boleh pakai besi punya.. nanti sodaqallahal 'adzim la stainless steel itu! Basuh pun tak payah gonyoh guna besi bagai, memang perlu dibelai manja dengan span lembut. Dilahirkan sebegitu rupa, apa nak buat kan? Layankan aje, kata nak pakai lama? Barang mahal, manja pulak tu, bertabahlah!

Seperkara lagi yang perlu dipertimbangkan adalah bil letrik yang bakal menjengah tiba. Kalau jenis masak 3 kali sehari kat rumah, mendapat ler nanti sampai bil hujung bulan, kan? Buatnya blackout ataupun kena potong (oops!), tak berasap la dapur jawabnya! Jadi, ikut mana pun ada pro dan kontra, sama jugak macam dapur gas. Kadang2 bangun nak masak lauk sahur, gas habis, Allahu Akbar! Maka dengan itu, kena ada backup plan yang cantik punya. Simpan aje 1 mini stove dengan gas yang boleh bawak pergi camping tu kat dalam kabinet dapur, apa2 terjadi benda tu akan menyelamatkan keadaan. Sama jugak kalau kita guna dapur gas, simpanlah 1 mini induction cooker untuk kegunaan emergency bila gas habis tengah2 malam ataupun hujung2 minggu yang cutinya panjang membawa ke hari Isnin macam viral dua tiga bulan kebelakangan kat Malaysia ni. Barulah aman damai abadi sebab dah ada Plan B menanti. 


Alang2 baca post ni, boleh la curi idea penyimpanan periuk belanga sekali, tak gitu? Ok, semoga bermanfaat dan membantu kita untuk buat keputusan samada nak beli dapur induction ataupun tidak. 

Oh ya, jemput singgah homestay kita satu hari nanti, ya? 

Ok bye! 

Comments

Popular Posts